Sony Xperia Z3 Plus - Menggunakan perkhidmatan lokasi

background image

Menggunakan perkhidmatan lokasi

Perkhidmatan lokasi membolehkan aplikasi seperti Peta dan kamera menggunakan

maklumat daripada rangkaian mudah alih atau Wi-Fi anda serta maklumat Sistem

Kedudukan Sejagat (GPS) untuk menentukan kedudukan anggaran anda. Jika anda

tidak berada dalam garisan penglihatan jelas satelit GPS, peranti anda boleh

menentukan lokasi anda menggunakan fungsi Wi-Fi. Dan jika anda tidak berada dalam

liputan rangkaian, peranti anda boleh menentukan lokasi anda menggunakan rangkaian

mudah alih anda.
Bagi menggunakan peranti anda untuk mencari lokasi anda, anda perlu mendayakan

perkhidmatan lokasi.

Anda mungkin dikenakan caj sambungan data apabila anda bersambung ke Internet dari

peranti anda.

Untuk mendayakan atau melumpuhkan perkhidmatan lokasi

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Lokasi, kemudian ketik penggelangsar untuk

mendayakan atau melumpuhkan perkhidmatan lokasi.

Memperbaik ketepatan GPS

Kali pertama anda menggunakan fungsi GPS dalam peranti anda, ia boleh mengambil

masa beberapa minit untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu carian, pastikan anda

mempunyai pandangan langit yang jelas. Berdiri tegak dan jangan lindungi antena GPS

(kawasan yang diserlahkan dalam imej). Isyarat GPS boleh melepasi awan dan plastik,

tetapi tidak melalui objek pejal seperti bangunan dan gunung. Jika lokasi anda tidak

dijumpai selepas beberapa minit, bergerak ke lokasi lain.