Sony Xperia Z3 Plus - Mengunci dan membuka kunci skrin

background image

Mengunci dan membuka kunci skrin

Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk satu jangka masa yang

ditetapkan, skrin menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan dikunci secara

automatik. Kunci ini menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda

tidak menggunakannya. Apabila anda membeli peranti anda, kunci leret skrin asas telah

ditetapkan. Ini bermakna anda telah meleret ke atas pada skrin untuk membuka

kuncinya. Anda boleh menukar tetapan keselamatan kemudian dan menambahkan kunci

jenis lain. Lihat

Kunci skrin

pada halaman 12.

Untuk mengaktifkan skrin

Tekan kekunci dengan sekejap .

Untuk mengunci skrin

1

Apabila skrin aktif, tekan kekunci kuasa sebentar.

2

Sebagai alternatif, ketik dua kali mana-mana tempat kosong di skrin Laman

Utama. Untuk mendayakan fungsi ini, sentuh terus mana-mana kawasan pada

skrin Utama anda sehingga peranti bergetar, kemudian ketik dan ketik

penggelangsar di sebelah Ketik dua kali untuk tidur.