Sony Xperia Z3 Plus - Mengapakah saya memerlukan akaun Google™‎?

background image

Mengapakah saya memerlukan akaun Google™?

Peranti Xperia™ anda daripada Sony dijalankan pada platform Android™ yang

dibangunkan oleh Google™. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google™ tersedia

pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, aplikasi Gmail™, Google

Maps™, YouTube™ dan Play Store™, yang menyediakan akses kepada kedai dalam

talian Google Play™ untuk memuat turun aplikasi Android™. Untuk mendapatkan

manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google™.

Sebagai contoh, akaun Google™ membolehkan anda untuk melakukan semua perkara

berikut:

Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.

Selaraskan e-mel, kenalan dan kalendar anda menggunakan Gmail™.

Bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.

Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan

penyemak imbas web Google Chrome™.

Mengenal pasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian

menggunakan Xperia™ Companion.

Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan

jauh menggunakan my Xperia™ atau perkhidmatan Pengurus Peranti Android™.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Android™ dan Google™, pergi ke

http://support.google.com

.

Ia sangat penting anda mengingati nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda.

Dalam beberapa situasi, anda mungkin perlu memperkenalkan diri anda di atas sebab-sebab

keselamatan menggunakan akaun Google™ anda. Jika anda gagal memberikan nama

pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda di dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci.

Selain itu, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Google™, pastikan anda

memasukkan butiran yang berkenaan untuk akaun tersebut.

Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Penyelarasan akaun > Tambah akaun > Google.

3

Ikut wizard pendaftaran untuk mencipta akaun Google™ atau daftar masuk jika

anda sudah mempunyai akaun.

Anda juga boleh mencipta akaun Google menggunakan panduan persediaan apabila kali

pertama anda memulakan peranti anda atau pergi dalam talian kemudian dan cipta akaun di

www.google.com/accounts

.

Untuk mengalih keluar akaun Google™

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik

Tetapan > Akaun & penyegerakan > Google.

3

Pilih akaun Google™ yang ingin anda alih keluar.

4

Ketik >

Alih keluar akaun.

5

Ketik

Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.

Jika anda mengalih keluar akaun Google™ anda, sebarang ciri keselamatan yang dipautkan ke

akaun Google™ anda tidak lagi akan tersedia.

11

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.