Mencari nombor pengenalan peranti anda
Peranti anda mempunyai nombor pengenalan yang unik. Nombor ini dirujuk sebagai IMEI
(Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah menyimpan salinan
nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila anda mengakses
perkhidmatan sokongan Xperia™ Care untuk mendaftarkan peranti anda. Selain itu, jika
peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh menggunakan nombor ini
untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian dalam negara atau rantau
anda.
Untuk melihat nombor IMEI anda pada jalur label
1
Buka penutup slot kad SIM nano dan kad ingatan.
2
Tanggalkan bekas SIM/ Kad Ingatan. Letakkan kuku atau objek lain yang panjang
dan tajam di bawah bahagian tepi jalur label, kemudian tarik jalur ke luar. Nombor
IMEI ialah yang dipaparkan pada jalur.
Anda juga boleh melihat nombor IMEI, dengan membuka pendail telefon dan memasukkan
*#06#
.
Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.