Sony Xperia Z3 Plus - Memastikan peranti anda dilindungi

background image

Memastikan peranti anda dilindungi

Peranti anda termasuk beberapa pilihan keselamatan, amat disyorkan sekiranya hilang

atau dicuri.
Pilihan-pilihan ini adalah seperti berikut:

Menetapkan kunci skrin selamat pada peranti anda menggunakan PIN, kata laluan atau

corak bagi menghalang orang lain daripada menetapkan semula peranti anda.

Tambah akaun Google™ untuk menghalang orang lain daripada menggunakan peranti

anda jika ia dicuri atau dipadam bersih.

Aktifkan sama ada “Protection by my Xperia” atau perkhidmatan web Pengurus Peranti

Android™. Dengan menggunakan salah satu perkhidmatan ini, anda boleh mengesan

lokasi, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang dari jauh.

Mengesahkan pemilikan peranti anda

Ciri perlindungan tertentu memerlukan anda untuk sama ada membuka kunci skrin anda

dengan PIN, kata laluan, corak, atau memasukkan maklumat akaun Google™. Di bawah

ialah contoh ciri perlindungan dan beberapa kelayakan yang diperlukan:

Perlindungan

Tetapan Semula

Data Kilang

Anda mesti membuka kunci skrin anda sebelum anda dibenarkan

untuk melaksanakan Tetapan Semula Data Kilang.

Perlindungan oleh

my Xperia

Jika anda menetapkan semula peranti anda dengan menggunakan

perkhidmatan ini secara jauh, anda perlu memasukkan nama

pengguna dan kata laluan akaun Google™ yang telah dikaitkan

dengan perkhidmatan tersebut. Peranti perlu disambungkan ke

Internet sebelum proses penyediaan boleh dilengkapkan. Jika tidak,

anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda selepas tetapan

semula.

Pengurus Peranti

Android™

Jika anda menetapkan semula peranti anda dengan menggunakan

perkhidmatan ini secara jauh, anda perlu memasukkan nama

pengguna dan kata laluan akaun Google™. Peranti perlu

disambungkan ke Internet sebelum proses penyediaan boleh

dilengkapkan. Jika tidak, anda tidak akan dapat menggunakan peranti

anda selepas tetapan semula.

Pembaikan

perisian

Jika anda menggunakan aplikasi Xperia™ Companion untuk

melaksanakan pembaikan perisian, anda diminta untuk memasukkan

nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda apabila anda

memulakan peranti selepas pembaikan lengkap.

Bagi Pengurus Peranti Android™, anda perlu memasukkan maklumat dari akaun Google™. Ia

boleh jadi mana-mana akaun Google™ yang telah anda sediakan pada peranti sebagai

pemilik. Jika anda tidak boleh memberikan maklumat akaun yang berkaitan semasa proses

persediaan, anda tidak akan dapat menggunakan peranti langsung.