Sony Xperia Z3 Plus - NFC

background image

NFC

Gunakan Komunikasi Medan Dekat (Near Field Communications - NFC) untuk berkongsi

data dengan peranti lain seperti video, foto, alamat halaman web, fail muzik atau

kenalan. Anda juga boleh menggunakan NFC untuk mengimbas teg yang memberikan

anda maklumat lanjut mengenai produk atau perkhidmatan serta teg yang mengaktifkan

fungsi tertentu pada peranti anda.
NFC ialah teknologi wayarles dengan julat maksimum satu sentimeter, jadi, peranti yang

berkongsi data mesti dirapatkan. Sebelum anda boleh menggunakan NFC, anda mesti

menghidupkan fungsi NFC terlebih dahulu dan skrin peranti anda hendaklah aktif.
Kawasan pengesanan NFC terletak di belakang peranti. Pegang peranti anda rapat

dengan peranti lain atau pembaca NFC supaya kawasan pengesanan NFC saling

bersentuhan.

NFC mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau. Menggunakan aplikasi tertentu,

sesetengah fungsi NFC boleh didayakan walaupun semasa peranti dimatikan. Sila ambil

perhatian bahawa tidak semua peranti menyokong ciri ini.

Untuk mendayakan atau menyahdayakan fungsi NFC

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Lagi.

3

Ketik penggelangsar

NFC.

131

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk berkongsi kenalan dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan bahawa kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-

dua skrin aktif dan tidak dikunci.

2

Untuk melihat kenalan, pergi ke

Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .

3

Ketik kenalan yang anda ingin kongsikan.

4

Pegang peranti anda dan peranti penerima dekat antara satu sama lain supaya

kawasan pengesanan NFC bagi setiap peranti yang bersentuhan. Apabila peranti

bersambung, imej kecil kenalan dipaparkan.

5

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

6

Apabila pemindahan selesai, maklumat kenalan disimpan pada skrin peranti

penerima dan juga dipaparkan pada skrinnya.

Untuk berkongsi fail muzik dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan bahawa kedua-dua peranti anda dan peranti penerima telah

menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin aktif dan tidak dikunci.

2

Untuk membuka aplikasi Muzik, ketik , kemudian cari dan ketik .

3

Pilih kategori muzik dan semak imbas ke trek yang anda mahu kongsi.

4

Ketik trek untuk memainkannya. Kemudiannya anda boleh mengetik untuk

menjedakan trek. Pemindahan berfungsi sama ada trek dimainkan ataupun dijeda.

5

Pastikan trek dipaparkan pada skrin penuh.

6

Pegang peranti anda dan peranti penerima dekat antara satu sama lain supaya

kawasan pengesanan NFC bagi setiap peranti yang bersentuhan. Apabila peranti

bersambung, imej kecil trek muncul.

7

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

8

Apabila pemindahan selesai, fail muzik disimpan pada skrin peranti penerima.

9

Untuk memaparkan fail muzik, ketik dua kali bar status untuk membuka panel

Pemberitahuan dan kemudian, ketik

Pancar selesai.

Untuk berkongsi foto atau video dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan bahawa kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-

dua skrin aktif dan tidak dikunci.

2

Untuk melihat foto dan video pada peranti anda, pergi ke

Skrin utama anda, ketik

, kemudian cari dan ketik

Album .

3

Ketik foto atau video yang ingin anda kongsikan.

4

Pegang peranti anda dan peranti penerima dekat antara satu sama lain supaya

kawasan pengesanan NFC bagi setiap peranti yang bersentuhan. Apabila peranti

menyambung, imej kecil foto atau video kelihatan.

5

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

6

Apabila pemindahan selesai, foto atau video disimpan pada skrin peranti

penerima.

Untuk berkongsi alamat web dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan bahawa kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-

dua skrin aktif dan tidak dikunci.

2

Dari

Skrin utama anda, ketik .

3

Untuk membuka pelayar web, cari dan ketik .

4

Muatkan laman web yang anda mahu kongsikan.

5

Pegang peranti anda dan peranti penerima dekat antara satu sama lain supaya

kawasan pengesanan NFC bagi setiap peranti yang bersentuhan. Apabila peranti

bersambung, imej kecil halaman web dipaparkan.

6

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

7

Apabila pemindahan selesai, laman web dipaparkan pada skrin peranti penerima.

Mengimbas tag NFC

Peranti anda boleh mengimbas pelbagai jenis tag NFC untuk menerima maklumat

tambahan, seperti alamat web. Sebagai contoh, ia boleh mengimbas tag dibenam pada

poster, pada iklan papan iklan atau bersebelahan produk dalam kedai runcit.

132

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mengimbas tag NFC

1

Pastikan peranti anda telah menghidupkan fungsi NFC dan skrin aktif dan tidak

dikunci.

2

Letakkan peranti anda pada tag supaya kawasan pengesanan NFC

menyentuhnya. Peranti anda mengimbas tag dan memaparkan kandungan yang

dikumpulkan. Ketik kandungan tag untuk membukanya.

Menyambung ke peranti serasi NFC

Anda boleh menyambungkan peranti anda ke peranti serasi NFC yang lain dikeluarkan

oleh Sony, seperti speaker atau fon kepala. Apabila mewujudkan sambungan jenis ini,

rujuk panduan peranti yang serasi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anda perlu mengaktifkan Wi-Fi atau Bluetooth® pada kedua-dua peranti untuk sambungan

berfungsi.