Sony Xperia Z3 Plus - Wi-Fi

background image

Wi-Fi

Gunakan Wi-Fi untuk melayari Internet, memuat turun aplikasi atau menghantar dan

menerima e-mel. Setelah anda bersambung dengan rangkaian Wi-Fi, peranti anda

mengingati rangkaian dan bersambung dengannya secara automatik setiap kali anda

berada dalam jarak liputan.
Sesetengah rangkaian Wi-Fi memerlukan anda untuk log masuk ke laman web sebelum

anda boleh mendapat akses. Hubungi pentadbir rangkaian Wi-Fi yang berkenaan untuk

mendapatkan maklumat lanjut.
Rangkaian Wi-Fi yang tersedia mungkin terbuka atau dilindungi:

Rangkaian terbuka ditunjukkan oleh di sebelah nama rangkaian Wi-Fi.

Rangkaian dilindungi ditunjukkan oleh di sebelah nama rangkaian Wi-Fi.

Sesetengah rangkaian Wi-Fi tidak kelihatan dalam senarai rangkaian yang ada kerana ia tidak

menyiarkan nama rangkaiannya (SSID). Jika anda tahu nama rangkaian tersebut, anda boleh

menambahnya secara manual pada senarai rangkaian Wi-Fi anda yang tersedia.

Untuk menghidupkan atau mematikan Wi-Fi

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Ketik penggelangsar untuk mendayakan atau menyahdayakan Wi-Fi.

Beberapa saat mungkin diperlukan sebelum Wi-Fi didayakan.

Untuk menyambung kepada rangkaian Wi-Fi

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Ketik penggelongsor untuk menghidupkan Wi-Fi. Semua rangkaian Wi-Fi yang

tersedia dipaparkan.

4

Ketik rangkaian Wi-Fi untuk bersambung dengannya. Untuk rangkaian selamat,

masukkan kata laluan yang berkenaan. dipaparkan dalam bar status setelah

anda disambungkan.

Untuk mencari rangkaian baru yang tersedia, ketik , kemudian ketik

Muat semula. Jika anda

tidak berjaya menyambung ke Wi-Fi rangkaian, rujuk tip pencarisilapan yang berkaitan untuk

peranti anda di

www.sonymobile.com/support/

.

51

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menambah rangkaian Wi-Fi secara manual

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Tatal ke bawah dan ketik pada bahagian akhir item yang tersenarai.

4

Masukkan maklumat

Nama rangkaian (SSID).

5

Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan

Keselamatan.

6

Jika diperlukan, masukkan kata laluan.

7

Untuk menyunting pilihan lanjutan seperti tetapan proksi dan IP, ketik

Pilihan

lanjutan dan kemudian sunting pilihan seperti yang dikehendaki.

8

Ketik

SIMPAN.

Hubungi pentadbir rangkaian Wi-Fi anda untuk mendapatkan SSID rangkaian dan kata laluan.

Meningkatkan kekuatan isyarat Wi-Fi

Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan penerimaan Wi-Fi:

Dekatkan peranti anda dengan pusat akses Wi-Fi.

Jauhkan pusat akses Wi-Fi daripada sebarang potensi halangan atau gangguan.

Jangan tutup kawasan antena Wi-Fi peranti anda (kawasan yang diserlahkan dalam

ilustrasi).

Tetapan Wi-Fi

Apabila anda bersambung dengan rangkaian Wi-Fi atau apabila terdapat rangkaian Wi-Fi

tersedia dalam kawasan sekitar anda, anda boleh melihat status rangkaian ini. Anda juga

boleh mendayakan peranti anda untuk memberitahu anda apabila rangkaian Wi-Fi

terbuka dikesan.

Untuk mendayakan atau menyahdayakan pemberitahuan rangkaian Wi-Fi

1

Hidupkan Wi-Fi, jika ia belum dihidupkan lagi.

2

Dari

Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

4

Ketik , kemudian ketik penggelangsar

Pemberitahuan rangkaian.

Untuk melihat maklumat terperinci tentang rangkaian Wi-Fi yang disambungkan

1

Dari

Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Ketik rangkaian Wi-Fi yang sedang bersambung dengan anda. Maklumat

terperinci rangkaian dipaparkan.

52

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menambah dasar tidur Wi-Fi

1

Dari

Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Ketik , kemudian ketik

Biarkan Wi-Fi aktif smsa tidur.

4

Pilih satu pilihan.

Bagi mencari alamat MAC untuk peranti anda

1

Dari

Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Ketik .

Alamat MAC dipaparkan dalam senarai.

WPS

WPS (Wi-Fi Protected Setup™) ialah standard perangkaian wayarles yang membantu

anda mewujudkan sambungan rangkaian wayarles yang selamat. WPS memudahkan

anda menyediakan penyulitan Wi-Fi Protected Access® (WPA) untuk memastikan

rangkaian anda selamat. Anda juga boleh menambahkan peranti baru pada rangkaian

yang sedia ada tanpa memasukkan kata laluan yang panjang.
Gunakan salah satu kaedah ini untuk mendayakan WPS:

Kaedah butang tolak – tolak sahaja butang pada peranti disokong WPS, contohnya,

penghala.

Kaedah PIN – peranti anda mewujudkan PIN rawak (Nombor Pengenalan Peribadi), yang

anda masukkan pada peranti disokong WPS.

Untuk menyambung ke rangkaian Wi-Fi menggunakan butang WPS

1

Dari

Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Hidupkan Wi-Fi, jika ia belum dihidupkan lagi.

4

Ketik , kemudian ketik

Lebih banyak ciri > Butang Tekan WPS, kemudian tekan

butang WPS pada peranti yang disokong WPS.

Untuk bersambung ke rangkaian Wi-Fi menggunakan PIN WPS

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

3

Hidupkan Wi-Fi, jika ia belum dihidupkan lagi.

4

Ketik >

Lebih banyak ciri > Masukan PIN WPS.

5

Pada peranti yang disokong WPS, masukkan PIN yang muncul pada peranti

anda.