Sony Xperia Z3 Plus - Mengawal penggunaan data

background image

Mengawal penggunaan data

Anda boleh menjejak jumlah data yang dipindahkan ke peranti dan dari peranti anda

melalui sambungan data mudah alih atau Wi-Fi anda dalam tempoh tertentu. Contohnya,

anda boleh melihat jumlah data yang digunakan oleh setiap aplikasi. Untuk data yang

dipindahkan melalui sambungan data mudah alih anda, anda juga boleh menetapkan

amaran dan had penggunaan data untuk mengelakkan caj tambahan.

Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, hanya pemilik, iaitu pengguna

utama, yang boleh melaraskan tetapan penggunaan data. Melaraskan tetapan penggunaan

data dapat membantu anda mengawal penggunaan data dengan lebih baik tetapi tidak dapat

menjamin caj tambahan boleh dielakkan.

Untuk membantu mengurangkan penggunaan data

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Penggunaan data > Penjimat Data.

3

Ketik penggelangsar untuk mendayakan atau melumpuhkan fungsi tersebut.

Untuk menghidupkan atau mematikan trafik data

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Penggunaan data.

3

Ketik penggelangsar

Trafik data mudah alih untuk menghidupkan atau

mematikan trafik data.

Apabila trafik data dimatikan, peranti anda masih boleh membentuk sambungan Wi-Fi dan

Bluetooth®.

Untuk menetapkan amaran penggunaan data

1

Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.

2

Dari

Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Penggunaan data > Kitaran pengebilan.

4

Untuk menetapkan tahap amaran, ketik

Amaran data, masukkan had data yang

diingini dan ketik

TETAPKAN. Anda menerima pemberitahuan amaran apabila

jumlah trafik data mencapai paras yang anda tetapkan.

Untuk menetapkan had data mudah alih

1

Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.

2

Dari

Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Penggunaan data.

4

Ketik penggelangsar di sebelah

Tetapkan had data.

Sebaik sahaja penggunaan data mudah alih anda mencapai had yang ditetapkan, trafik data

mudah alih pada peranti anda akan dimatikan secara automatik.

Untuk mengawal penggunaan data aplikasi individu

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Aplikasi.

3

Ketik aplikasi yang anda mahu kawal, kemudian ketik

Penggunaan data.

Prestasi aplikasi individu mungkin terjejas jika anda menukar tetapan penggunaan data yang

berkaitan.

55

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menyemak penggunaan data anda

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Penggunaan data.

3

Cari dan ketik

Penggunaan data selular untuk melihat maklumat tentang jumlah

data yang dipindahkan melalui sambungan data mudah alih.

4

Untuk melihat maklumat tentang jumlah data yang dipindahkan melalui

sambungan Wi-Fi, ketik tab

Penggunaan data Wi-Fi.