Penyelenggaraan menggunakan komputer
Xperia™ Companion
Xperia™ Companion ialah perkhidmatan perisian yang menyediakan koleksi alat dan
aplikasi yang anda boleh gunakan apabila anda menyambungkan peranti anda ke
sebuah komputer. Dengan Xperia™ Companion, anda boleh:
•
Mengemas kini atau membaiki perisian peranti anda.
•
Memindahkan kandungan anda dari peranti lama menggunakan Xperia™ Transfer.
•
Menyandarkan dan memulihkan kandungan pada komputer anda.
•
Menyegerakkan kandungan multimedia – foto, video, muzik dan senarai main – antara
peranti dan komputer anda.
•
Menyemak imbas fail pada peranti anda.
Untuk menggunakan Xperia™ Companion, anda memerlukan komputer yang
disambungkan ke Internet serta menjalankan salah satu sistem pengendalian berikut:
•
Microsoft
®
Windows
®
7 atau terkini
•
Mac OS
®
X 10.11 atau terkini
Ketahui lebih lanjut dan muat turun Xperia™ Companion untuk Windows di
http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion/ atau Xperia™ Companion untuk
Mac di http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion-mac/.
43
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Mengurus fail menggunakan komputer
Gunakan sambungan kabel USB di antara komputer Windows
®
dan peranti anda untuk
memindahkan dan mengurus fail anda.
Sebaik sahaja dua peranti disambungkan, anda boleh memilih jika anda mahu mengecas
peranti anda, memindahkan fail atau menggunakannya untuk input MIDI. Komputer anda
akan mengesan peranti anda apabila anda memilih mod sambungan
Pindahkan fail.
Mod sambungan lalai ditetapkan kepada
Cas peranti ini.
Dengan Xperia™ Companion, anda boleh mengakses sistem fail peranti anda. Jika
Xperia™ Companion tidak dipasang, anda diminta untuk memasangnya apabila anda
menyambung peranti anda ke komputer.
Sentiasa gunakan kabel USB yang dicadangkan untuk model Xperia™ khusus anda dan
pastikan ia kering sepenuhnya.
Mod Sambungan USB
Anda boleh menggunakan mod sambungan
Pindahkan fail untuk mengurus fail dan
mengemas kini perisian peranti. Mod USB ini digunakan dengan komputer Microsoft
®
Windows
®
. Pengecasan didayakan secara lalai.
Menggunakan mod
Gunakan peranti sebagai MIDI, peranti anda boleh berfungsi
sebagai input MIDI untuk aplikasi instrumen muzikal.
Untuk menukar mod sambungan USB
1
Lekapkan penyambung USB ke peranti anda.
2
Seret Bar status ke bawah dan kemudian, ketik
Cas peranti ini.
3
Ketik sama ada
Pindahkan fail atau Gunakan peranti sebagai MIDI seperti yang
dikehendaki.