Mengecas peranti anda
Sentiasa gunakan pengecas dan kabel USB Sony asli yang dicadangkan untuk model Xperia™
khusus anda. Pengecas dan kabel lain boleh meningkatkan masa pengecasan, tidak
mengecas langsung atau boleh juga merosakkan peranti anda. Pastikan semua port USB dan
penyambung adalah kering sepenuhnya sebelum memasukkan kabel USB.
Pengecas soket dinding akan mengecas peranti anda lebih laju berbanding mengecas
melalui komputer anda. Anda masih boleh menggunakan peranti anda semasa
pengecasan.
Jika bateri sudah habis, ia mengambil masa sehingga 30 minit untuk peranti anda
memberikan respons terhadap pengecasan. Ketika ini, skrin mungkin kekal gelap
sepenuuhnya, tidak menunjukkan ikon pengecasan. Sila ambil perhatian juga bahawa ia
boleh mengambil masa sehingga 4 jam untuk bateri yang susut sama sekali untuk dicas
sepenuhnya.
Peranti anda mempunyai bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, yang hanya boleh
digantikan oleh pusat pembaikan Sony yang berdaftar. Jangan sekali-kali cuba membuka atau
meleraikan peranti sendiri. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan dan
membatalkan waranti anda.
Untuk mengecas peranti anda
39
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
1
Pasangkan pengecas ke dalam salur keluar kuasa.
2
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala apabila
pengecasan bermula.
4
Apabila peranti sudah dicas penuh, putuskan sambungan kabel dari peranti anda
dengan menariknya lurus keluar. Pastikan penyambung tidak bengkok.
Hanya gunakan pengecas yang disediakan dengan peranti anda atau pengecas Sony lain yang
dikhususkan untuk mengecas peranti anda.
Sekiranya bateri telah susut sepenuhnya, ia mungkin mengambil masa beberapa minit
sebelum lampu pemberitahuan menyala dan ikon pengecasan kelihatan.
Status lampu pemberitahuan bateri
Hijau
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri lebih tinggi daripada 90%
Jingga
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 90%
Merah
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 15%